Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday 19 May 2012

Faedah Kecekapan Tenaga


a. Kos
Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.

• Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

b. Perlindungan alam sekitar
• Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
• Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
• Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek


c. Keselamatan bekalan
• Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.

• membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.

• Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

d. Menjimatkan bahan api fosil 
-penggunaan bahan api yang cekap akan dapat dipelihara dan hayat lebihan bahan api fosil yang pupus dapat dilanjutkan dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bahan api dan tenaga untuk pengguna tanaga.


e. Membaiki rizab mata wang asing bagi Negara
-manfaat yang diperolehi adalah tidak banyak wang yang akan dibelanjakan ke atas bahan api import dan hal ini dapat mengurangkan jumlah wang yang mengalir ke luar negara. 
-Usaha memperoleh sumber-sumber tempatan seperti gas asli dan produk baru baleh dieksport bagi mandapatkan pertukaran mata wang asing.

No comments:

Post a Comment