Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday 20 May 2012

Langkah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah.


1.        Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%.
2.        Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan),  Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.
3.        Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.
4.        Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.
5.        Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula.
6.        Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.
7.        Tanam pokok.
8.        Jimat air dan simpan air hujan.
9.        Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus  bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.
10.     Berjalan atau berbasikal ke destinasi  yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.
11.     Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.
12.     Pembakaran terbuka adalah dilarang
13.     Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan.
14.     Berkongsi kenderaan (carpool).
15.     Belilah barangan buatan tempatan.
16.     Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari.
17.     Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill.
18.     Menggunakan lampu jimat elektrik.
19.     Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat.
20.     Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang.


Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui berdefinisi sunber tenaga yang boleh digunakan secara berterusan tanpa mengakibatkan pencemaran terhadap bumi.
Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. 







Bekalan elektrik memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. 

Namun, jika tak amalkan penggunaan elektrik secara berhemah ia akan mengakibatkan bil elektrik melambung tinggi

 Terdapat beberapa perkara mudah perlu di ambil untuk mengurangkan kos bil elektrik anda





Pencahayaan
- gantikan mentol kepada jenis mentol yang jimat tenaga, yang ada tag “energy saving“. Ada yang lebih murah dari harga mentol biasa.
- sentiasa menggunakan cahaya semulajadi terutama pada waktu siang
- apabila memasang lampu di bahagian dapur, pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.
- elak penggunaan cahaya ambien.


Penyaman udara
- apabila ON penghawa dingin, pastikan tidak terdedah kepada pancaran matahari.
- pilih penyaman udara berkapasiti 1 hp.
- sentiasa lakukan maintenance sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar sentiasa efisien dan lancar.


Mesin basuh
- tetapkan beban basuhan harian kepada 3 muatan penuh setiap minggu ( hanya basuh 3 kali seminggu).
- pastikan menggunakan air yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.


Peti sejuk
- pastikan suhu dalaman peti sejuk berada pada paras -18 Celcius berbanding -21 Celcius
- beli peti sejuk yang mempunyai saiz dan kapasiti yang sesuai dengan isi rumah anda.
- elak meletakkan makanan panas dalam peti sejuk.


Televisyen
- sentiasa padamkan suis kuasa di tv dan di soket utama untuk penjimatan tenaga yang optimum.

Penjimatan Tenaga