Free Monkey ani Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday 20 May 2012

Bekalan elektrik memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. 

Namun, jika tak amalkan penggunaan elektrik secara berhemah ia akan mengakibatkan bil elektrik melambung tinggi

 Terdapat beberapa perkara mudah perlu di ambil untuk mengurangkan kos bil elektrik anda





Pencahayaan
- gantikan mentol kepada jenis mentol yang jimat tenaga, yang ada tag “energy saving“. Ada yang lebih murah dari harga mentol biasa.
- sentiasa menggunakan cahaya semulajadi terutama pada waktu siang
- apabila memasang lampu di bahagian dapur, pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.
- elak penggunaan cahaya ambien.


Penyaman udara
- apabila ON penghawa dingin, pastikan tidak terdedah kepada pancaran matahari.
- pilih penyaman udara berkapasiti 1 hp.
- sentiasa lakukan maintenance sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar sentiasa efisien dan lancar.


Mesin basuh
- tetapkan beban basuhan harian kepada 3 muatan penuh setiap minggu ( hanya basuh 3 kali seminggu).
- pastikan menggunakan air yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.


Peti sejuk
- pastikan suhu dalaman peti sejuk berada pada paras -18 Celcius berbanding -21 Celcius
- beli peti sejuk yang mempunyai saiz dan kapasiti yang sesuai dengan isi rumah anda.
- elak meletakkan makanan panas dalam peti sejuk.


Televisyen
- sentiasa padamkan suis kuasa di tv dan di soket utama untuk penjimatan tenaga yang optimum.

No comments:

Post a Comment